Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana diberi peluang mengunjungi negeri Islam, Kelantan. Sekian lama aku menunggu, kali terakhir aku menjejak kakiku di negeri itu 12 tahun yang lalu, hampir separuh umurku. Masa itu aku masih di sekolah rendah. Ya Robbi! Alhamdulillah. Aku kagum dengan Negeri Kelantan, kesemua nama kedai tertera tulisan jawi. Berbeza sungguh di tempatku Terengganu, hanya beberapa buah kedai sahaja, mungkin dapat dikira bilangannya. Kota Bharu rupa-rupanya bandar BESAR sekarang!!!!!!!! Allahuakbar. Memang benar cakap rakan-rakan dan sanak saudaraku yang pernah berkunjung ke sana. Trafik lalulintas yang sangat-sangat sesak.... Memang sangat jauh bezanya di Terengganu.... That's why one of my lecturers in The University of Auckland ever said Kuala Terengganu is a very QUIET city.Sekarang aku menyedari akan hal itu. Rasanya aku udah dapat menyimpulkan satu perkara. Sudah pasti bandar-bandar di pantai barat tersangat sesak keadaan lalulintasnya... Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ipoh. Now I realiz, memang betul la, Kuala Terengganu ialah bandaraya paling senyap di Semenanjung, mungkin di Seluruh Tanah Melayu.
Wednesday, January 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment