Sunday, January 15, 2012

berakhir sudah pemerintahan Raja bertudung...

Tatkala berlangsungnya upacara keberangkatan pulang Sultan dan Sultanah Terengganu ke Negeri Terengganu, suasana menjadi suram jauh di "hati". Kusedari pemerintahan Raja bertudung sudah tamat tempohnya... "Tuanku Sultanah, hamba bersyukur kepada Allah kerana Tuanku telah menjadi contoh tauladan yang belum pernah disaksikan dalam kalangan raja-raja lain sebelum Tuanku. Besar sungguh ertinya akan hal itu".

Wednesday, January 11, 2012

Kota Bharu

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana diberi peluang mengunjungi negeri Islam, Kelantan. Sekian lama aku menunggu, kali terakhir aku menjejak kakiku di negeri itu 12 tahun yang lalu, hampir separuh umurku. Masa itu aku masih di sekolah rendah. Ya Robbi! Alhamdulillah. Aku kagum dengan Negeri Kelantan, kesemua nama kedai tertera tulisan jawi. Berbeza sungguh di tempatku Terengganu, hanya beberapa buah kedai sahaja, mungkin dapat dikira bilangannya. Kota Bharu rupa-rupanya bandar BESAR sekarang!!!!!!!! Allahuakbar. Memang benar cakap rakan-rakan dan sanak saudaraku yang pernah berkunjung ke sana. Trafik lalulintas yang sangat-sangat sesak.... Memang sangat jauh bezanya di Terengganu.... That's why one of my lecturers in The University of Auckland ever said Kuala Terengganu is a very QUIET city.Sekarang aku menyedari akan hal itu. Rasanya aku udah dapat menyimpulkan satu perkara. Sudah pasti bandar-bandar di pantai barat tersangat sesak keadaan lalulintasnya... Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ipoh. Now I realiz, memang betul la, Kuala Terengganu ialah bandaraya paling senyap di Semenanjung, mungkin di Seluruh Tanah Melayu.

Wednesday, January 4, 2012

terpesong...

Setiap kali aku memikirkannya, ak sedih... jauh sungguh aku terpesong... Aku melihat langit. Biru sungguh... Hari ini matahari terang, sangat terang kebiruan, setelah berminggu di dalam mendung kehujanan. Pintalah rahmat Allah ketika panas dan hujan, ketika ribut dan tenang. Bila malam, aku mendongak ke langit, kelihatan bintang berkelip-kelip tanpa gerak... Bila siang, langit kusaksi, terang sungguh hari ini. Warnanya biru, bulat dari pandangan mataku. Tapi terpesong jua diri ini.