Ya Allah, aku teringat lagi ketika aku berkunjung ke ke Kampung Cina, Kuala terengganu, untuk bersiar-siar bersama-sama keluarga. Kebetulan dalam kunjungan aku itu merupakan hari terakhir Monsun Cup(mungkin majlis penutup kot) yang dapat disaksikan pertandingan perahu panjang, kayak dan satu lagi aku lupa. Dengan rasa sangat terkejut, orang-orang Terengganu(kerana slang bahasanya ialah bahasa Terengganu) berpakaian renang ketat(yang lelaki, ketat dan tidak menutup aurat), apatah lagi pengunjung-pengunjung dari luar negeri yang tidak menutup kepala(perempuan). Tidak malukah kalian memberi lihat tubuh atau badan kalian kepada orang awam? Ya Allah, kurniakanlah hidayah petunjuk kepada mereka. Kenapakah hampir kesemuanya ingin mengikut trend masyarakat Barat berpakaian renang ketat ketika permainan air diadakan? Ya Allah, aku berasa sangat malu kerana mereka ialah warga Terengganu seperti aku. Tidakkah kamu semua malu dengan tokoh ulama besar di Nusantara ini kerana telah mencemarkan tempat tinggal beliau dengan segala macam maksiat. Sedihnya aku melihat fenomena yang berlaku itu. Kepada pengunjung luar beragama Islam, aku suka melihat kalian semua menutup aurat ; wanita yang menutup kepalanya dan berpakaian longgar dan lelaki yang berseluar panjang di mana sahaja di luar rumah khususnya ketika mengunjungi Terengganu, negeri lahirnya alim ulama. Ya Allah, rahmatilah roh Tok Ku Pulau Manis.
Sunday, December 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment