Entah kenapa aku asyik sangat mendengar lagu-lagu Arab. Tapi yang pasti, lagu Arab banyak torikat(tahap tingkatan suara), dan pelbagai nada, tersangatlah jauh bezanya dengan lagu-lagu lain. Aku menjadi tidak menentu, seolah-olah dipukau atau terpukau, jauh sungguh aku melayang, jauh sungguh perjalanan dunia ini apatah lagi akhirat nanti. Maqam bayaati berjaya membawaku ke satu tempat yang amat jauh, sangat jauh. Maqam bayaati menyebabkan aku berfikir dan mengimbas kembali betapa banyaknya dosa dan salah silap kepada diri dan sekitarannya. Maqam soba, maqam kedua paling menyayat hati, aku merasakan aku terbang bersama-sama mereka, melayang bersama, tersangkut di persimpangan dan bersinggah sana. Selalu begitu... ku dengari lagu-lagu Arab bukan kerana hiburan semata-mata, tetapi rupa-rupanya mencari kesedihan, selalu begitu... Jauh sungguh Tempat itu, alangkah ruginya diri ini jikalau teramat sikit bekalnya. Perjalanan itu jauh, jauh yang tersangat jauh.... jauh sekali. Seorang demi seorang kenalan dipisahkan rohnya, sakitnya ya Allah....Jauh sungguh...
Saturday, November 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment