Tuesday, November 22, 2011

The time is coming...

I think it is time for me to lay down my pen. G-soft, aku sangat berterima kasih kepadamu kerana banyak sungguh jasamu kepadaku. Masaku sudah tiba... untuk meninggalkan Auckland... untuk mencari pengalaman baru di destinasi baru... Allah itu maha tahu destinasi aku yang berikutnya. Kepada rakan-rakanku di New Zealand, aku ucapkan selamat berjaya dalam kerjaya kamu semua. InsyaAllah, dengan izin Allah, berjumpa lagi kita di masa akan datang. Jam 5:03pm, 22 November 2011, post ini dikarang, 4 jam dari sekarang, aku bakal berlepas ke tanah airku. Terima kasih atas segala-galanya dan selamat berjaya semua!

Saturday, November 19, 2011

Jauh sungguh dibawa maqam...

Entah kenapa aku asyik sangat mendengar lagu-lagu Arab. Tapi yang pasti, lagu Arab banyak torikat(tahap tingkatan suara), dan pelbagai nada, tersangatlah jauh bezanya dengan lagu-lagu lain. Aku menjadi tidak menentu, seolah-olah dipukau atau terpukau, jauh sungguh aku melayang, jauh sungguh perjalanan dunia ini apatah lagi akhirat nanti. Maqam bayaati berjaya membawaku ke satu tempat yang amat jauh, sangat jauh. Maqam bayaati menyebabkan aku berfikir dan mengimbas kembali betapa banyaknya dosa dan salah silap kepada diri dan sekitarannya. Maqam soba, maqam kedua paling menyayat hati, aku merasakan aku terbang bersama-sama mereka, melayang bersama, tersangkut di persimpangan dan bersinggah sana. Selalu begitu... ku dengari lagu-lagu Arab bukan kerana hiburan semata-mata, tetapi rupa-rupanya mencari kesedihan, selalu begitu... Jauh sungguh Tempat itu, alangkah ruginya diri ini jikalau teramat sikit bekalnya. Perjalanan itu jauh, jauh yang tersangat jauh.... jauh sekali. Seorang demi seorang kenalan dipisahkan rohnya, sakitnya ya Allah....Jauh sungguh...

fuhhhh, what a great relief! Now it is the time...

hoh... lega rasanya dah habis exam. I think it is time to start thinking about my guppies. Macam mana ye nak hasilkan guppies yang lawa? I was thinking to buy the imported guppies untuk di kacukkan dengan guppies yang sedia ada. Tu la, sekarang musim hujan, so suhu air rendah daripada biasa sepanjang masa and that the guppies have to be treated far more carefully. Biasanya ramai guppies yang berpenyakit(sesuatu yang putih seperti lumut tumbuh di badannya) and then die after couple of days dalam musim tengkujuh setakat pengalaman saya menternak ikan guppy la. I was also planning to buy an aquarium, lots of stuff la... banyak sangat plan! sukanya aku!!!!!!!! sebab lama dah x tengok real guppies. rindu-rindu.

There is one more thing that I have just learnt last week. I know how to produce microworms!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sukanya aku!!!happy nyer... Bahan-bahannya hanyalah Oatmeal atau roti, air suam, ragi and bekas kecil dengan penutupnya sekali. dimasukkan sekali gus dan dibiarkan selama 5 hari. Knowing how to produce microworms, I am thinking to buy betta fishes(ikan pelaga) and breed them and feed their babies with microworms! Interesting right!!!

Tuesday, November 15, 2011

Tamat sudah...

Alhamdulillah, habis sudah semua peperiksaan akhir di sini. Aku rindu banget sama ikan-ikan gapi di rumahku di Malaysia. Operasi mencari baka-baka baru akan bermula sekali lagi insyaAllah...