Thursday, June 30, 2011

sejenak...

Aku sungguh tersangat kecewa dengan sbilangan rakyat di negeri kelahiranku... Setiap kali aku melihat anak-anak muda, ada sahaja yang berseluar pendek ke sana sini. Entah apalah mereka belajar di sekolah dahulu. Yang paling aku hairan adalah mereka suka menonjolkan lutut(dengan berseluar pendek) tapi tidak pula menonjolkan pusat! Bahkan mereka memakai baju-baju yang bukan "low class" boss! tapi high-class" demi menutup bahagian badan atas daripada pusat sedangkan bahagian atas pusat itu even bukan satu jenis aurat pun(bagi kaum lelaki). Lagi aku hairan, kenapa dalam sesuatu majlis, kalian berpakaian kemas, menutup segala aurat, untuk menghormati adat-adat bermajlis dan para tetamu yang hadir. Bukankah menghormati Allah itu terlebih utama samada di dalam atau di luar majlis?

Mungkin kalian berasa hairan kenapa aku sangat suka "mengkritik" dan mengutarakan hal-hal seumpama ini. Terengganu, negeri yang dianugerahkan Allah batu bersurat, bukti awal kdatangan Islam agama anutan kalian semua hingga ke saat ini, betapa untungnya kalian jikalau kalian tahu menghargai satu nikmat besar yakni "Islam". "Allah, peliharakanlah Terengganu" yang terpapar di Bukit Besar Kuala Terengganu aku yakin kalian seringkali melihatnya bila masa kalian ke bandaraya KT, suatu "doa" yang tidak asing lagi bagi rakyat Terengganu. Renunglah kalian sejenak dua agar kalian menjadi warga yang Islam, beriman lagi baik akhlaknya. Ku tidak dapat bayangkan betapa rosaknya anak-anak muda SEANDAINYA tidak sampai batu bersurat, anugerah Allah yang tiada tanding harganya...

Monday, June 20, 2011

GuPpi sPeCies siRip beWarNa
















Ya Allah... Lawo weh ikan guppi... mcm2 corak kat ekor belakang dia... Aku baru sahaja pulang dari melawat kedai-kedai ikan di daerah Kuala Terengganu. Actually, aku sedang mencari species ikan guppi yang mempunyai warna di siripnya... LAStly!!! aku jumpa jgk... species tu mmg susah kot nak jumpa... Semua ikan guppi ade colour di ekornya, tp x semua mereka itu mempunyai warna di siripnya... Wehhhh, lawo weh ikan hok aku beli td ni... dekat setengah jam kot aku memerhati dan mencari species sirip bewarna tu... tu pun jumpa 3 ekor jer dlm ratusan/ribuan ikan guppi laen.

Saturday, June 18, 2011

pengunduran

Hari ini aku berundur dari bumi Auckland, sememangnya telah kalah perjuanganku di sini hingga saat aku menulis utusan kali ini. "Wahai tentera-tenteraku, pulanglah kalian semua ke bumi asalmu. Semoga kalian mendapat hidayah serta petunjuk daripada Allah, Tuhan yang satu."Hatiku telah menjadi lemah, maka tidak hairanlah runtuh semua benteng ciptaanku" Moga kudapat kemenangan yg nyata lagi kekal di sisi mu ya Robbi. " Retreat, my soldiers for Allah!... "