Wednesday, May 7, 2014

Guppy Fish / Ikan Gapi untuk Dijual... 019-3782187

Salam and hi all,

Ikan Guppy ternakan sendiri sedia untuk dijual.

Baka adalah kacukan antara Guppy Bandaran dan Guppy import.
Ada yang sirip berwarna yang sangat terang dan menarik perhatian.

Harga adalah mengikut saiz.

Kepada yang berminat, sila hubungi/Whatsapp/mesej 019-3782187

Beralamat di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu… Ganu Kiterr!

Di bawah ialah beberapa gambar yang diambil. Kunjungan anda untuk melihat sendiri amat dialu-alukan…

Pandangan melalui gambar adalah berbeza dengan pandangan mata sebenar :)








Wednesday, November 7, 2012

Aku di Uni... Saat akhir melawat, singgah di tempat aku menelaah dan bermain komputer... di Fakulti Sains. Tidak sangka semalam merupakan peperiksaan akhir yang terakhir di alam akademikku. Satu demi satu dijelajah dan dijajah, mencari kepuasan hati... Dibenarkan Allah menakluk jauh... Itu Allah, Pencipta Agung. Walau bagaimanapun, itu tidaklah kekal, terpaksa dilepaskan seperti dijanjiNya...

Sunday, January 15, 2012

berakhir sudah pemerintahan Raja bertudung...

Tatkala berlangsungnya upacara keberangkatan pulang Sultan dan Sultanah Terengganu ke Negeri Terengganu, suasana menjadi suram jauh di "hati". Kusedari pemerintahan Raja bertudung sudah tamat tempohnya... "Tuanku Sultanah, hamba bersyukur kepada Allah kerana Tuanku telah menjadi contoh tauladan yang belum pernah disaksikan dalam kalangan raja-raja lain sebelum Tuanku. Besar sungguh ertinya akan hal itu".

Wednesday, January 11, 2012

Kota Bharu

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana diberi peluang mengunjungi negeri Islam, Kelantan. Sekian lama aku menunggu, kali terakhir aku menjejak kakiku di negeri itu 12 tahun yang lalu, hampir separuh umurku. Masa itu aku masih di sekolah rendah. Ya Robbi! Alhamdulillah. Aku kagum dengan Negeri Kelantan, kesemua nama kedai tertera tulisan jawi. Berbeza sungguh di tempatku Terengganu, hanya beberapa buah kedai sahaja, mungkin dapat dikira bilangannya. Kota Bharu rupa-rupanya bandar BESAR sekarang!!!!!!!! Allahuakbar. Memang benar cakap rakan-rakan dan sanak saudaraku yang pernah berkunjung ke sana. Trafik lalulintas yang sangat-sangat sesak.... Memang sangat jauh bezanya di Terengganu.... That's why one of my lecturers in The University of Auckland ever said Kuala Terengganu is a very QUIET city.Sekarang aku menyedari akan hal itu. Rasanya aku udah dapat menyimpulkan satu perkara. Sudah pasti bandar-bandar di pantai barat tersangat sesak keadaan lalulintasnya... Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ipoh. Now I realiz, memang betul la, Kuala Terengganu ialah bandaraya paling senyap di Semenanjung, mungkin di Seluruh Tanah Melayu.

Wednesday, January 4, 2012

terpesong...

Setiap kali aku memikirkannya, ak sedih... jauh sungguh aku terpesong... Aku melihat langit. Biru sungguh... Hari ini matahari terang, sangat terang kebiruan, setelah berminggu di dalam mendung kehujanan. Pintalah rahmat Allah ketika panas dan hujan, ketika ribut dan tenang. Bila malam, aku mendongak ke langit, kelihatan bintang berkelip-kelip tanpa gerak... Bila siang, langit kusaksi, terang sungguh hari ini. Warnanya biru, bulat dari pandangan mataku. Tapi terpesong jua diri ini.

Saturday, December 24, 2011

NeW GuPpiEs... tHe iMpOrTeD OnE

Today, I went to a pet shop at Jalan Hiliran Masjid, the shop I use to go looking for "satisfaction" and to spend my leisure time... haha. I found the new-type imported guppies just arrived the last 2 days I think!!!!! No one knows how happy I was except Allah. Until now, those guppies I bought were the most beautiful one. I have not seen such a colourful beautiful type and and long tail guppies. It really was so beautiful! And NOW I am thinking about the waste(money) I spent out. hahahaha... So, betul la Ustaz Azhar cakap, nikmat dirasai hanya ketika membeli. Setelah membeli, nikmat tidak lagi dirasai. hilang macam tu je.

Sunday, December 18, 2011

MiCrOwOrM

hah! there is people saying that keeping betta fry 100% alive is VERY easy. haha. Let's see then. I'm going to buy microworm possibly today. Hopefully, it all does answer my questions all this while.

Sunday, December 11, 2011

Tok Ku Pulau Manis...Ulama Nusantara

Ya Allah, aku teringat lagi ketika aku berkunjung ke ke Kampung Cina, Kuala terengganu, untuk bersiar-siar bersama-sama keluarga. Kebetulan dalam kunjungan aku itu merupakan hari terakhir Monsun Cup(mungkin majlis penutup kot) yang dapat disaksikan pertandingan perahu panjang, kayak dan satu lagi aku lupa. Dengan rasa sangat terkejut, orang-orang Terengganu(kerana slang bahasanya ialah bahasa Terengganu) berpakaian renang ketat(yang lelaki, ketat dan tidak menutup aurat), apatah lagi pengunjung-pengunjung dari luar negeri yang tidak menutup kepala(perempuan). Tidak malukah kalian memberi lihat tubuh atau badan kalian kepada orang awam? Ya Allah, kurniakanlah hidayah petunjuk kepada mereka. Kenapakah hampir kesemuanya ingin mengikut trend masyarakat Barat berpakaian renang ketat ketika permainan air diadakan? Ya Allah, aku berasa sangat malu kerana mereka ialah warga Terengganu seperti aku. Tidakkah kamu semua malu dengan tokoh ulama besar di Nusantara ini kerana telah mencemarkan tempat tinggal beliau dengan segala macam maksiat. Sedihnya aku melihat fenomena yang berlaku itu. Kepada pengunjung luar beragama Islam, aku suka melihat kalian semua menutup aurat ; wanita yang menutup kepalanya dan berpakaian longgar dan lelaki yang berseluar panjang di mana sahaja di luar rumah khususnya ketika mengunjungi Terengganu, negeri lahirnya alim ulama. Ya Allah, rahmatilah roh Tok Ku Pulau Manis.

Tuesday, November 22, 2011

The time is coming...

I think it is time for me to lay down my pen. G-soft, aku sangat berterima kasih kepadamu kerana banyak sungguh jasamu kepadaku. Masaku sudah tiba... untuk meninggalkan Auckland... untuk mencari pengalaman baru di destinasi baru... Allah itu maha tahu destinasi aku yang berikutnya. Kepada rakan-rakanku di New Zealand, aku ucapkan selamat berjaya dalam kerjaya kamu semua. InsyaAllah, dengan izin Allah, berjumpa lagi kita di masa akan datang. Jam 5:03pm, 22 November 2011, post ini dikarang, 4 jam dari sekarang, aku bakal berlepas ke tanah airku. Terima kasih atas segala-galanya dan selamat berjaya semua!

Saturday, November 19, 2011

Jauh sungguh dibawa maqam...

Entah kenapa aku asyik sangat mendengar lagu-lagu Arab. Tapi yang pasti, lagu Arab banyak torikat(tahap tingkatan suara), dan pelbagai nada, tersangatlah jauh bezanya dengan lagu-lagu lain. Aku menjadi tidak menentu, seolah-olah dipukau atau terpukau, jauh sungguh aku melayang, jauh sungguh perjalanan dunia ini apatah lagi akhirat nanti. Maqam bayaati berjaya membawaku ke satu tempat yang amat jauh, sangat jauh. Maqam bayaati menyebabkan aku berfikir dan mengimbas kembali betapa banyaknya dosa dan salah silap kepada diri dan sekitarannya. Maqam soba, maqam kedua paling menyayat hati, aku merasakan aku terbang bersama-sama mereka, melayang bersama, tersangkut di persimpangan dan bersinggah sana. Selalu begitu... ku dengari lagu-lagu Arab bukan kerana hiburan semata-mata, tetapi rupa-rupanya mencari kesedihan, selalu begitu... Jauh sungguh Tempat itu, alangkah ruginya diri ini jikalau teramat sikit bekalnya. Perjalanan itu jauh, jauh yang tersangat jauh.... jauh sekali. Seorang demi seorang kenalan dipisahkan rohnya, sakitnya ya Allah....Jauh sungguh...

fuhhhh, what a great relief! Now it is the time...

hoh... lega rasanya dah habis exam. I think it is time to start thinking about my guppies. Macam mana ye nak hasilkan guppies yang lawa? I was thinking to buy the imported guppies untuk di kacukkan dengan guppies yang sedia ada. Tu la, sekarang musim hujan, so suhu air rendah daripada biasa sepanjang masa and that the guppies have to be treated far more carefully. Biasanya ramai guppies yang berpenyakit(sesuatu yang putih seperti lumut tumbuh di badannya) and then die after couple of days dalam musim tengkujuh setakat pengalaman saya menternak ikan guppy la. I was also planning to buy an aquarium, lots of stuff la... banyak sangat plan! sukanya aku!!!!!!!! sebab lama dah x tengok real guppies. rindu-rindu.

There is one more thing that I have just learnt last week. I know how to produce microworms!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sukanya aku!!!happy nyer... Bahan-bahannya hanyalah Oatmeal atau roti, air suam, ragi and bekas kecil dengan penutupnya sekali. dimasukkan sekali gus dan dibiarkan selama 5 hari. Knowing how to produce microworms, I am thinking to buy betta fishes(ikan pelaga) and breed them and feed their babies with microworms! Interesting right!!!

Tuesday, November 15, 2011

Tamat sudah...

Alhamdulillah, habis sudah semua peperiksaan akhir di sini. Aku rindu banget sama ikan-ikan gapi di rumahku di Malaysia. Operasi mencari baka-baka baru akan bermula sekali lagi insyaAllah...

Monday, October 3, 2011

Jagalah SoLat mu...

Walau sibuk mana sekalipun, pastikan tiang agamamu itu tidak runtuh. Nescaya akan termasuklah kamu dalam kalangan orang-orang yang mendapat kasih-sayang dan rahmat Allah, Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa...

Monday, September 5, 2011

btambah senyap

ak sedih sungguh sejak sabtu... Ya Allah, permudahkan semuanya.

Monday, August 1, 2011

The Holiest Month...

Ramadhon, has just started... Alhamdulillah....

Thursday, June 30, 2011

sejenak...

Aku sungguh tersangat kecewa dengan sbilangan rakyat di negeri kelahiranku... Setiap kali aku melihat anak-anak muda, ada sahaja yang berseluar pendek ke sana sini. Entah apalah mereka belajar di sekolah dahulu. Yang paling aku hairan adalah mereka suka menonjolkan lutut(dengan berseluar pendek) tapi tidak pula menonjolkan pusat! Bahkan mereka memakai baju-baju yang bukan "low class" boss! tapi high-class" demi menutup bahagian badan atas daripada pusat sedangkan bahagian atas pusat itu even bukan satu jenis aurat pun(bagi kaum lelaki). Lagi aku hairan, kenapa dalam sesuatu majlis, kalian berpakaian kemas, menutup segala aurat, untuk menghormati adat-adat bermajlis dan para tetamu yang hadir. Bukankah menghormati Allah itu terlebih utama samada di dalam atau di luar majlis?

Mungkin kalian berasa hairan kenapa aku sangat suka "mengkritik" dan mengutarakan hal-hal seumpama ini. Terengganu, negeri yang dianugerahkan Allah batu bersurat, bukti awal kdatangan Islam agama anutan kalian semua hingga ke saat ini, betapa untungnya kalian jikalau kalian tahu menghargai satu nikmat besar yakni "Islam". "Allah, peliharakanlah Terengganu" yang terpapar di Bukit Besar Kuala Terengganu aku yakin kalian seringkali melihatnya bila masa kalian ke bandaraya KT, suatu "doa" yang tidak asing lagi bagi rakyat Terengganu. Renunglah kalian sejenak dua agar kalian menjadi warga yang Islam, beriman lagi baik akhlaknya. Ku tidak dapat bayangkan betapa rosaknya anak-anak muda SEANDAINYA tidak sampai batu bersurat, anugerah Allah yang tiada tanding harganya...

Monday, June 20, 2011

GuPpi sPeCies siRip beWarNa
















Ya Allah... Lawo weh ikan guppi... mcm2 corak kat ekor belakang dia... Aku baru sahaja pulang dari melawat kedai-kedai ikan di daerah Kuala Terengganu. Actually, aku sedang mencari species ikan guppi yang mempunyai warna di siripnya... LAStly!!! aku jumpa jgk... species tu mmg susah kot nak jumpa... Semua ikan guppi ade colour di ekornya, tp x semua mereka itu mempunyai warna di siripnya... Wehhhh, lawo weh ikan hok aku beli td ni... dekat setengah jam kot aku memerhati dan mencari species sirip bewarna tu... tu pun jumpa 3 ekor jer dlm ratusan/ribuan ikan guppi laen.